Tuesday, January 13, 2009

PEACE NO WAR


Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..

Pengisian aku kini adalah untuk kita sama-sama renungkan dan jadikan pengajaran.Rentetan dari peristiwa malang saudara-saudara seagama yang kini menghadapi ujian yang getir..Serangan yang bertubi-tubi kepada penduduk Hamas di Semenanjung Gaza oleh Rejim Israel..mereka yang terdiri dari kanak-kanak kecil,ibu-ibu,warga tua dan insan yang tidak berdosa menjadi mangsa.Siang malam sentiasa dalam keadaan takut dan berhati-hati,dengan lontaran peluru buta yang tidak mengira mangsa.Si ibu meratap kematian si anak,dan anak-anak berlari-lari mencari ibu yang kini sudah berkecai jasadnya.Rumah yang mereka bina kini hanya tinggal pecahan tiang..dan hanya yang ada cuma doa dalam tangisan.


Seorang anak kecil yang mati terkena pecahan bom rejim Israel

Ahli keluarga yang meratapi saudara-saudara mereka yang mati


Sekumpulan penduduk tempatan mengutip helaian-helaian Al-Quran sewaktu masjid musnah di bom.

Seorang ayah yang cuba untuk menyelamatkan anaknya

Kenapa pula kita yang hidup aman ini hendak memusuhi antara satu sama lain,atas dasar apa?tidak puas hati..perasaan hasad dengki atau untuk menunjukkan siapa hebat?Inilah yang sepatutnya kita sedari,kepincangan sesama kita adalah punca kelemahan kita,masing-masing mahu membuktikan mereka pandai dan bijak.Malah menganggap saudara seagama sendiri sebagai musuh.Aku sama sekali tidak suka akan pertengkaran,penindasan dan pertelingkahan sebegini,kerana perasaan benci ini akan membuatkan wujudnya titik hitam dalam hati,nauzubillah.Namun,dengan rasa syukur dan redha,aku akan menerima segala cacian atau tohmahan bahkan aku memaafkannya kerana itu sahaja kudrat dan kemampuanku.

Wahai teman seagamaku..marilah kita sama-sama berdoa supaya peperangan ini akan berakhirnya cukuplah dengan segala penderitaan yang mereka alami,laknatlah kepada rejim Israel yang tidak berperikemanusiaan.Sesungguhnya hanya doa senjata yang boleh menyambungkan kita kepada Allah.

ALLAH HUAKBAR!ALLAH HUAKBAR!ALLAH HUAKBAR!

No comments: