Wednesday, January 14, 2009

Kaya! Rich! Kaya! Rich

Bila sebut pasal duit,semua mata akan terlopong,mulut akan ternganga dan air liur akan melelah..'siapayang tidak mau duit'..tagline yang sering digunakan.Duit adalah satu benda yang boleh beli semuanya..kata mereka yang berduit,duit tak boleh beli kasih sayang..kata yang tidak berduit..dan apa kata mereka yang bersyukur dengan apa yang ada...

Hipokritlah aku ni kalau tidak mau duit kan..1st yang aku buat klu dapat duit banyak..mistilah aku nak beli 'RUMAH'..mcm main monopoly plak..pastu aku nak bawa family aku pi tanah suci..mula2 umrah la..pastu baru Haji..kereta?nak juga tapi aku takde lesen..aku nak hire driver je..kemudian aku nak perbesarkan bisnes aku ni..sekurang-kurangnya aku nak ada label product sendiri..aku tak minat saham-saham ni..aku tak berkenan duit yang bukan dr hasil penat jerih aku..aku nak buka restoran..aku nak buka nursery kanak-kanak..dan aku nak sebuah rumah kebajikan..utk ibu tunggal dan anak-anak yatim.Wah tinggi ni angan-angan..tp aku takla kemaruk sangat semua ni..


Cukup aku ada kerjaya,rumah dan family yang bahagia..aku dah rasa bersyukur..aku takut nanti aku akan jadi sombong dan takbur,serta jadi hamba duit..aku tidak mau jadi orang yang lupa diri..aku selalu pesan dgn family aku,klu satu hari aku kaya ka..tolongla ingatkan aku supaya tidak lupa diri..sbb bila kita berada satu tahap yang selesa misti kita akan rasa bangga.tak byk tp misti ada..dah ramai aku tgk org berubah jadi mcm tu..dan itu la yang paling aku takut..mcm skrg ni..saudara pun dah pilih bulu ..mana yang ada pangkat..berharta..baru nak mengaku,klu tidak jgn harapla..hubungan adik beradik pun boleh tergugat kerana duit..


Namun tidak semua orang mcm tu..ada juga yang berduit..mewah..tapi tetap tidak menunjuk,hidup secara sederhana..


Adakah anda di kalangan mereka yang berduit tapi sombong dan bongkak,atau mereka yang berduit tapi tetap bersederhana,atau mungkin tak berduit tapi tetap tinggi diri..juga mereka yang tak berduit dan hidup miskin..tepuk dada..kalau semput..Tidak salah untuk kita mencari kemewahan asalkan mengunakan titik usaha yang halal dan menyalurkannya ke arah yang lebih berkat..

No comments: