Tuesday, January 13, 2009

'CERITA SEBUAH KOTA'

Hasil Nukilan : S.Mala
Julai,1970
Kota ini terbina
di atas tulang-tulang
Dindingnya darah
Lantainya sumpah
Di dalamnya kami pernah terkapar
rebah dalam api
Bangun merebut panji-panji
Berlari bersama rantai di kaki
Di sini tersusun satu barisan
Di sini obor kami nyalakan
Bersama-sama tubuh-tubuh luka tertikam
Mara mencabar hukum alam
Kota ini kami bina atas dasar cinta mulia
Kota ini kami bina dari paduan tenaga pejuang-pejuang setia
Kota ini mesti wujud sampai bila-bila
Mesti!
Biar kami hanya tinggal nama
Kalau ada orang putus jari
datang membawa minyak tanah dan korek api
Kita tentang
Kita pijak sampai lumat
Kerana ia menyalahi hakikat
Kerana ia melanggar sumpah berdaulat

No comments: