Friday, January 9, 2009

'Doa'

Ntahla..tetiba mlm ni aku rasa sayup je..mcm2 aku fikirkan..aku tiba2 teringat zaman sekolah pula,klu mlm jumaat mcm ni..kitorang misti akan kumpul ramai2 di Musolah utk membaca Yassin..ada yg membawa botol air..utk dijadikan air penerang hati..ada yang baca utk mrk2 yg tersayang,yg kembali ke rahmatullah dan kami sentiasa bacakan untuk seluruh saudara seagama,masa tu hati akan rasa betul2 tenang..dalam satu bulatan yang besar,semua berkumpul,wajah yang berseri-seri melihat wajah teman-teman.Rindunya aku dengan saat2 mcm ni..kadang2 ada yang lucu ..ada yang sedih..ada yang gembira..
Aku rasa sangat bertuah kerana masuk ke SEKOLAH AGAMA,RANAU..atau singkatan SEMEKAR..aku ingt mula aku masuk..aku jahil dalam agama,wpun aku sudah tau mengaji dan sembahyang..di sekolah ini la baru aku kena erti hidup sebagai muslimah sejati..pakai tudung labuh..pakai stokin..baju lengan panjang..cuma aku rasa aku buat itu semua bukan kerelaan hati aku..kerana aku terikat dengan peraturan sekolah..yang aku serapkan dalam hidup aku ialah ilmu itu..kerana aku rasa ilmu itu bukan paksaan..ilmu itu tuntutan..Aku belajar banyak mengenai kehidupan di sini.Aku sudah semakin fasih mengaji,aku sudah tau hukum-hukum agama dan aku juga sudah mengenal diri aku sebenar..
Aku tidak nafikan aku bukan orang yang tepat untuk berbicara mengenai hukum,dosa atau pahala kerana bagi aku,aku ini terlalu naif dan daif dalam banyak perkara.Namun,Insya-Allah semua ini akan aku jadi panduan supaya aku tidak tersesat dan masih berpegangan pada ajaran agama.Aku akan cuba untuk menjadi lebih baik dan sedikit sebanyak mengaplikasikan islam itu dalam kehidupan harianku.
'Tuhanku..aku tak daya..masuk syurgamu..namun tak upaya menghadapi api nerakamu..terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku..sesungguhnya engkau lah pengampun dosa-dosa besar.."
Setiap kali munajat ini kulaungkan air mataku pasti tidak berhenti mengalir,adakah air mata yang ikhlas dari hatiku ini,membawa dosa-dosaku yang silam..Allahualam'
Doa itu umpama 'sms',namun doa tidak perlukan credit.,cuma dengan berdoa di dalam hati,'sms' kita pasti sudah delivered..cuma kita kenalah rajin top-up supaya 'sms' itu kita dapat 'misscalled' dan jangan lupa untuk 'forward' kepada yang lain...

No comments: