Friday, December 16, 2011

Aku tak boleh tidur..

Selepas menulis..aku harap aku boleh tidur..sbb ntah la.mcm2 plak aku fikirkan..1st..aku fikirkan masa depan aku la..yg ntah..ada depan ke takde..asyik..belakang je..ye la..dh berapa byk aku apply kerja ni..takde yg sangkut..jgn cakap aku memilih..tp takde rezeki lagi..2nd aku fikirkan tentang fizikal aku ni..ntah bila la mau kurus ni..asyik mcm ni je..maintain comel dan cute..nak juga..cantik dan slim..mmmh....angan2 jela..3rd aku fikir tntang cinta ku..aduh berapa ramai calon mesti aku simpan ni..tp..tiada satu pun yang betul2...ngam di hati..ada pun sorg ni..mmg betul2..aku tangkap cintan..tp umpama cinta terlarang..padahal..punya la baik punya plan dgn dia ni..aku rasa mcm dh jumpa soulmate jak..tp..ntah..bikin hot plak..skrg ni..aku malas mau fikir la..tp..terfikir juga..

YA ALLAH..AKU MOHON KEPADA MU ...BUKA LAH PINTU REZEKI KEPADAKU..BERIKAN LAH AKU PELUANG UNTUK BERBAKTI PADA ORANG TUA KU..BERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK PERBAIKI TARAF HIDUP KU INI..YA ALLAH..AKU MOHON PADA MU..UNTUK PELIHARA HATIKU INI..UNTUK MENCINTAI ORANG YANG SESUAI DAN MEMANG TELAH KAU TENTUKAN MENJADI JODOHKU..KALAU BENAR DIA JODOHKU..DEKATKAN LAH HATI KAMI,DAN SEKIRANYA DIA BUKAN JODOHKU..JAUHKAN HATI KAMI..AMIN..

Wednesday, December 7, 2011

Pusing..Spin..Spin..

Stop fikir tentang love..skrg ni fikir tentang kerjaya..future.adess..aku skrg ni betul2..kesempitan sumber pendapatan..tak tau mau kurek di mana ni..mana mau bayar exam consultant..mana mau bayar buat lesen bisnes..pecah kepala memikirkan nya..kerja pula tiada la bha menyangkut,mcm mana aku ni mau bernafas..malas aku minta dari parent tu..selagi aku mampu,malas mau menyusahkan org..tp skg ni ntah la..betul2 tunggu tengelam jak ni..

Ya Allah kau permudahkan lah urusan ku..murahkan rezeki..dan berikan aku ketabahan dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini..amin..

Tuesday, November 8, 2011

Aku Belum Sedia Untuk Menangis Lagi

Setiap sujudku aku berdoa..supaya hati yang aku miliki ini akan dipunyai oleh seseorang yang betul-betul tahu menghargai.aku mencintai biar kerana Allah dan yang mencintaiku juga begitu.Berat mata memandang..berat lagi hati yang menanggung..bagaimana setiap hati itu akan tenang di saat hati ini semakin hari semakin dilukai...
Aku tidak pernah menginginkan untuk menikmati kemewahan..percintaan yang terlalu romantik,cukup aku punya apa yang ada..aku sudah betul-betul bersyukur..aku bersyukur..aku punya keluarga yang sayang dengan aku..aku bersyukur aku punya kawan-kawan yang juga mengambil berat dengan aku..dan aku bersyukur kerana Allah masih memberi kasih sayang tidak terbilang padaku..sehingga ujian sebegini diberikan untuk memberi aku sejuta kekuatan untuk bersabar..
Aku belum sedia untuk menangis lagi..kerana perlu berhadapan dengan semua ini..di saat aku sudah sedikit mengecapi bahagia..terpaksa diragut untuk menghadiahkan kebahagiaan utuk org lain..aku pasrah...ini adalah pengorbanan aku yang mungkin ada sesetengah orang tidak sanggup,tp aku bersedia untuk lakukan..mana mungkin aku bergembira...di atas derita orang lain..

Terima Kasih kerana pernah mencintai aku setulusnya..namun mungkin ini yang terbaik..aku redha dan pasrah..Insya-Allah

Wednesday, October 26, 2011

KuBina Hidup Yang Baru

Sedih..siapa tidak sedih..hubungan yg dibina hampir 1 tahun 5 bulan 5 hari..pada hari ini akhirnya berakhir.Namun aku bersyukur kerana perpisahan ini masih dibawa satu ikatan yang kuat.Masih saling bertanyakan khabar dan mengambil berat antara satu sama lain..
Kini aku terima ketentuan-Nya,kerana mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia..Cinta datang dan pergi begitu sahaja tanpa membuat aku merasa bosan untuk terus mencari cinta..mungkin satu hari nanti aku akan ketemui cinta sejati ku..yg mana tulang rusuknya ada padaku..

Terima kasih Cinta atas segala-galanya..aku sentiasa akan menyayangi dan akan menyemat semua kenangan kita sebagai kenangan terindah..

Thursday, October 6, 2011

AKU MENULIS LAGI...

Tanganku digengam erat penuh dengan kasih sayang...titisan demi titisan airmataku tidak dapat aku bendung.mulutku tidak berhenti mengistigfar...dan hatiku sentiasa mengucap namamu tuhan..Demi tuhan,ini adalah dugaan terhebat pernah aku hadapi dalam hidupku..
Terlalu banyak kenangan aku bersama cintaku..terlalu manis untuk aku lupakan..kerana itu aku tidak sanggup lagi mengkhianati cintanya.aku tidak mampu untuk bersama dia..tp dihatiku ada orang lain..itu akan semakin hari semakin membuatkan dia terseksa.aku tidak sanggup untuk melihat orang yang aku cintai begitu..
Aku sentiasa menyalahkan diriku dan mengakui kebodohanku..semua orang menuding jari menyatakan 'kenapa kau buat begini sedangkan selama ini dia sudah buat yang terbaik untuk kau' 'apa kesalahan dia sehingga kau membuat keputusan begini'..'kau tidak sayangkan perhubungan yang sangat baik ini kau bina dan tiba2 kau yang musnahkan'..ternyata..kesalahan tetap pada aku.Tapi apa daya aku?? apa kemampuan aku?? siapa di sisi aku dikala aku terpaksa berdepan dengan ini..aku mmg tidak kuat untuk membohongi perasaan aku..
Mampukah aku untuk mengharungi semua ini?

Ya Allah,ujian ini kau berikan padaku..kau yang menemukan aku dengan cintaku..dan aku menyemai cinta itu menjadikan ia benar-benar indah,namun hatiku ini kau temuikan lagi dengan cinta lain..yang telah benar-benar membuatkan hatiku ini terasa bahagia..sekarang ini hatiku ini diuji dengan perasaan keliru..memilih antara satunya..sehingga kini aku masih belum mampu untuk memilih keputusan yang tepat.tunjukkanlah aku petunjuk supaya aku boleh menilai cinta yang sebenar..yang mmg sudah kau tetapkan untukku,ya allah..aku ingin mencintai 'dia' keranamu..ikhlas dari hatiku..amin..perkenankan doa hambamu yang benar-benar mengharap..

Wednesday, October 5, 2011

Salahkah aku..berdosakah aku???

Ini ketentuan illahi..aku bertemu dan mengenali sesorg di saat aku masih dengan cintaku..seorang yang peribadi nya betul2 menawan hatiku..tutur bicaranya...tingkah lakunya..buat aku senang..aku gembira..sedih..sakit dan seluruh perasaanku..aku kongsi dengan dia..dia tempat aku mencurahkan seluruh apa yang terpendam...aku berbincang pelbagai perkara..dan tidak pernah putus untuk saling berbicara..
Bila tiba satu saat..cintaku mula meragui kesetiaanku kerana ternyata aku semakin hari semakin berubah..aku mulai sedar..mungkin ini kesilapan aku..tp..apakan daya semua sudah berlaku..tatkala si cinta ini mengakhiri perhubungan kami selama ini..aku mulai cemas..adakah aku bisa tanpa cintaku..adakah aku mampu..kerana cintaku ini terlalu baik..terlalu menjaga..dan menyayangi aku..byk memori kami bersama..suka..duka..pahit dan getir kami lalui..sehingga si cinta memberi aku peluang kedua.tp peluang kedua itu tergugat kerana petanda yang membuat aku terfikir..adakah selepas ini cintaku akan benar2 akan mempercayai aku..dapat menerima kekhilafan aku dan aku boleh harungi ini..jelas di satu sudut..lubuk hatiku..bagaimana dengan dia..adakah aku mampu kehilangan dia..soal ini aku bicarakan dengan dia,dan dia dengan hati terbuka mendengar..
Tubuh aku berketar..hatiku luluh bila dia pula ingin berundur..di sana jelas tubuh aku ini umpama dihimpit batu yang berat..aku masih blm dapat hindari dia..hatiku betul2 sakit..sehingga aku minta dia pertimbangkan..dia terlalu menyayangi aku..sehingga untuk melukai aku dia tidak sanggup..begitu juga cintaku..yg terlalu mencintai aku..sehingga seluruh hidupnya diserahkan padaku..aku yang ditengah..tidak tau menilai..tidak tau memilih..mana satu cinta??? salahkah aku?? berdosakah aku?? sbb perasaan ini bukan aku buat2...tp yang benar2 aku miliki..ya Allah..berikan aku sedikit ruang..atau petunjuk untuk aku memilih jalan yang terbaik..aku benar2 tidak tau kepada siapa harus aku mengadu selain dari engkau..yang maha mendengar dan maha mengasihani...amin...

Wednesday, March 2, 2011

My Life Is Suck

My life is screw up..sangat la messy..tak tau apa nak buat..apa nak dikata..betul2..buat aku tertekan dan blank..aku rasa hidup aku sudah tidak teratur..dan bukan seperti aku yang sedia ada..sentiasa hidup di landasan yang sepatutnya.Walaupun aku sudah ada si dia..yang sentiasa ada di sisi aku..sama ada baik atau buruk..namun..belum betul2 dapat meletakkan aku dalam posisi yang tenang dan teratur.
Dengan kerjaya yang masih tidak menentu..masa depan yang terkontang kanting..kewangan yang sudah tidak terurus..aduh apa la mau jadi dengan aku ni..mcm mana aku mau perbetulkan..dari mana aku nak mula..argggghhhhhhhh..aku bukan seorang yang boleh dibangga..tidak berduit..tidak berkerjaya..how demmmmmmm me..
Well aku bukan jenis yang patah semangat..bukan bererti aku seorang yang gagal..aku yakin mungkin satu hari nanti aku pasti dapat mengubah nasib diri ku sendiri..supaya..akan lebih berjaya dan maju utk masa akan datang..selagi aku berusaha dan berdoa..tp utk masa sekrg ni..aku betul2..blur..bingung..sesat dan segala-galanya..cuma aku bermohon pada Allah sup.aku masih diberi kekuatan dan kesabaran.Insya-Allah..Amin..