Tuesday, November 8, 2011

Aku Belum Sedia Untuk Menangis Lagi

Setiap sujudku aku berdoa..supaya hati yang aku miliki ini akan dipunyai oleh seseorang yang betul-betul tahu menghargai.aku mencintai biar kerana Allah dan yang mencintaiku juga begitu.Berat mata memandang..berat lagi hati yang menanggung..bagaimana setiap hati itu akan tenang di saat hati ini semakin hari semakin dilukai...
Aku tidak pernah menginginkan untuk menikmati kemewahan..percintaan yang terlalu romantik,cukup aku punya apa yang ada..aku sudah betul-betul bersyukur..aku bersyukur..aku punya keluarga yang sayang dengan aku..aku bersyukur aku punya kawan-kawan yang juga mengambil berat dengan aku..dan aku bersyukur kerana Allah masih memberi kasih sayang tidak terbilang padaku..sehingga ujian sebegini diberikan untuk memberi aku sejuta kekuatan untuk bersabar..
Aku belum sedia untuk menangis lagi..kerana perlu berhadapan dengan semua ini..di saat aku sudah sedikit mengecapi bahagia..terpaksa diragut untuk menghadiahkan kebahagiaan utuk org lain..aku pasrah...ini adalah pengorbanan aku yang mungkin ada sesetengah orang tidak sanggup,tp aku bersedia untuk lakukan..mana mungkin aku bergembira...di atas derita orang lain..

Terima Kasih kerana pernah mencintai aku setulusnya..namun mungkin ini yang terbaik..aku redha dan pasrah..Insya-Allah

No comments: