Wednesday, October 26, 2011

KuBina Hidup Yang Baru

Sedih..siapa tidak sedih..hubungan yg dibina hampir 1 tahun 5 bulan 5 hari..pada hari ini akhirnya berakhir.Namun aku bersyukur kerana perpisahan ini masih dibawa satu ikatan yang kuat.Masih saling bertanyakan khabar dan mengambil berat antara satu sama lain..
Kini aku terima ketentuan-Nya,kerana mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia..Cinta datang dan pergi begitu sahaja tanpa membuat aku merasa bosan untuk terus mencari cinta..mungkin satu hari nanti aku akan ketemui cinta sejati ku..yg mana tulang rusuknya ada padaku..

Terima kasih Cinta atas segala-galanya..aku sentiasa akan menyayangi dan akan menyemat semua kenangan kita sebagai kenangan terindah..

Thursday, October 6, 2011

AKU MENULIS LAGI...

Tanganku digengam erat penuh dengan kasih sayang...titisan demi titisan airmataku tidak dapat aku bendung.mulutku tidak berhenti mengistigfar...dan hatiku sentiasa mengucap namamu tuhan..Demi tuhan,ini adalah dugaan terhebat pernah aku hadapi dalam hidupku..
Terlalu banyak kenangan aku bersama cintaku..terlalu manis untuk aku lupakan..kerana itu aku tidak sanggup lagi mengkhianati cintanya.aku tidak mampu untuk bersama dia..tp dihatiku ada orang lain..itu akan semakin hari semakin membuatkan dia terseksa.aku tidak sanggup untuk melihat orang yang aku cintai begitu..
Aku sentiasa menyalahkan diriku dan mengakui kebodohanku..semua orang menuding jari menyatakan 'kenapa kau buat begini sedangkan selama ini dia sudah buat yang terbaik untuk kau' 'apa kesalahan dia sehingga kau membuat keputusan begini'..'kau tidak sayangkan perhubungan yang sangat baik ini kau bina dan tiba2 kau yang musnahkan'..ternyata..kesalahan tetap pada aku.Tapi apa daya aku?? apa kemampuan aku?? siapa di sisi aku dikala aku terpaksa berdepan dengan ini..aku mmg tidak kuat untuk membohongi perasaan aku..
Mampukah aku untuk mengharungi semua ini?

Ya Allah,ujian ini kau berikan padaku..kau yang menemukan aku dengan cintaku..dan aku menyemai cinta itu menjadikan ia benar-benar indah,namun hatiku ini kau temuikan lagi dengan cinta lain..yang telah benar-benar membuatkan hatiku ini terasa bahagia..sekarang ini hatiku ini diuji dengan perasaan keliru..memilih antara satunya..sehingga kini aku masih belum mampu untuk memilih keputusan yang tepat.tunjukkanlah aku petunjuk supaya aku boleh menilai cinta yang sebenar..yang mmg sudah kau tetapkan untukku,ya allah..aku ingin mencintai 'dia' keranamu..ikhlas dari hatiku..amin..perkenankan doa hambamu yang benar-benar mengharap..

Wednesday, October 5, 2011

Salahkah aku..berdosakah aku???

Ini ketentuan illahi..aku bertemu dan mengenali sesorg di saat aku masih dengan cintaku..seorang yang peribadi nya betul2 menawan hatiku..tutur bicaranya...tingkah lakunya..buat aku senang..aku gembira..sedih..sakit dan seluruh perasaanku..aku kongsi dengan dia..dia tempat aku mencurahkan seluruh apa yang terpendam...aku berbincang pelbagai perkara..dan tidak pernah putus untuk saling berbicara..
Bila tiba satu saat..cintaku mula meragui kesetiaanku kerana ternyata aku semakin hari semakin berubah..aku mulai sedar..mungkin ini kesilapan aku..tp..apakan daya semua sudah berlaku..tatkala si cinta ini mengakhiri perhubungan kami selama ini..aku mulai cemas..adakah aku bisa tanpa cintaku..adakah aku mampu..kerana cintaku ini terlalu baik..terlalu menjaga..dan menyayangi aku..byk memori kami bersama..suka..duka..pahit dan getir kami lalui..sehingga si cinta memberi aku peluang kedua.tp peluang kedua itu tergugat kerana petanda yang membuat aku terfikir..adakah selepas ini cintaku akan benar2 akan mempercayai aku..dapat menerima kekhilafan aku dan aku boleh harungi ini..jelas di satu sudut..lubuk hatiku..bagaimana dengan dia..adakah aku mampu kehilangan dia..soal ini aku bicarakan dengan dia,dan dia dengan hati terbuka mendengar..
Tubuh aku berketar..hatiku luluh bila dia pula ingin berundur..di sana jelas tubuh aku ini umpama dihimpit batu yang berat..aku masih blm dapat hindari dia..hatiku betul2 sakit..sehingga aku minta dia pertimbangkan..dia terlalu menyayangi aku..sehingga untuk melukai aku dia tidak sanggup..begitu juga cintaku..yg terlalu mencintai aku..sehingga seluruh hidupnya diserahkan padaku..aku yang ditengah..tidak tau menilai..tidak tau memilih..mana satu cinta??? salahkah aku?? berdosakah aku?? sbb perasaan ini bukan aku buat2...tp yang benar2 aku miliki..ya Allah..berikan aku sedikit ruang..atau petunjuk untuk aku memilih jalan yang terbaik..aku benar2 tidak tau kepada siapa harus aku mengadu selain dari engkau..yang maha mendengar dan maha mengasihani...amin...