Thursday, October 6, 2011

AKU MENULIS LAGI...

Tanganku digengam erat penuh dengan kasih sayang...titisan demi titisan airmataku tidak dapat aku bendung.mulutku tidak berhenti mengistigfar...dan hatiku sentiasa mengucap namamu tuhan..Demi tuhan,ini adalah dugaan terhebat pernah aku hadapi dalam hidupku..
Terlalu banyak kenangan aku bersama cintaku..terlalu manis untuk aku lupakan..kerana itu aku tidak sanggup lagi mengkhianati cintanya.aku tidak mampu untuk bersama dia..tp dihatiku ada orang lain..itu akan semakin hari semakin membuatkan dia terseksa.aku tidak sanggup untuk melihat orang yang aku cintai begitu..
Aku sentiasa menyalahkan diriku dan mengakui kebodohanku..semua orang menuding jari menyatakan 'kenapa kau buat begini sedangkan selama ini dia sudah buat yang terbaik untuk kau' 'apa kesalahan dia sehingga kau membuat keputusan begini'..'kau tidak sayangkan perhubungan yang sangat baik ini kau bina dan tiba2 kau yang musnahkan'..ternyata..kesalahan tetap pada aku.Tapi apa daya aku?? apa kemampuan aku?? siapa di sisi aku dikala aku terpaksa berdepan dengan ini..aku mmg tidak kuat untuk membohongi perasaan aku..
Mampukah aku untuk mengharungi semua ini?

Ya Allah,ujian ini kau berikan padaku..kau yang menemukan aku dengan cintaku..dan aku menyemai cinta itu menjadikan ia benar-benar indah,namun hatiku ini kau temuikan lagi dengan cinta lain..yang telah benar-benar membuatkan hatiku ini terasa bahagia..sekarang ini hatiku ini diuji dengan perasaan keliru..memilih antara satunya..sehingga kini aku masih belum mampu untuk memilih keputusan yang tepat.tunjukkanlah aku petunjuk supaya aku boleh menilai cinta yang sebenar..yang mmg sudah kau tetapkan untukku,ya allah..aku ingin mencintai 'dia' keranamu..ikhlas dari hatiku..amin..perkenankan doa hambamu yang benar-benar mengharap..

No comments: