Tuesday, March 17, 2009

Mimie & Ayub Wedding (MalamBerinai)

Ni upacara Malam Berinai,selalunya untuk meraihkan pengantin di rumah masing-masing,ada sesetengah tempat menjalankan upacara ini sebelum bernikah dan selepas nikah.Acara ini akan dimulakan dengan 'marhaban'.

Sambil dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara.


Malam berinai ini akan memberi peluang kepada ayah pengantin,datuk,emak,nenek atau saudara terdekat untuk menepung tawar,bagi memberi keberkatan kepada pengantin.Didahului dengan selawat ke atas nabi,kemudian mencalit tepung beras ke dahi pengantin,di ikuti renjisan air mawar,diselangi dengan taburan beras kuning dan akhir sekali wangian hirisan bunga-bungaan bersama daun pandan.
Selepas upacara selesai tetamu akan dijemput untuk menjamu selera,terpulang kepada tuan rumah sama ada untuk menghidangkan makanan kering seperti kuih-muih tradisional atau makanan berat seperti nasi,mee dan sebagainya.kemudian tetamu juga akan diberi ole-ole dari tuan rumah yang dikenali sebagai 'campur'.
Pastu best part mistilah part amik pic..posing..posing la..

No comments: