Thursday, February 19, 2009

Angan-angan nak jadi 'PENDIDIK'

Aku tak kisah orang cakap aku ni meroyan ke..gila talak ke..tak sedar diri ke..bila aku cakap aku angan-angan nak jadi pendidik atau nama saintifiknya 'cikgu'..aku dah cuba mcm2 utk mencapai cita-cita aku..tp hampa..but aku ni mmg mempunyai sifat stubborn dlm diri yg mmg teda blh di pertikaikan lagi..aku cuba lagi..aku try KPLI utk kemasukan Jun 09..aku amik Pengajian Inggeris..hope kali ni menyangkut la..coz last time..aku juz attend Mtest je..bile refer kt Putrajaya..alasan mereka,course aku x sesuai..coz aku amik Pendidikan Khas sepatutnya aku amik BI atau M3..tp kali ni klu tak sesuai lagi.aku pun tak tau nak ckp lagi..mcm-mcm lah..
Aku ni dah gian dah nak jd cikgu..bukan nak makan gaji semata-mata tau..tp semangat aku ni dah berbuak-buak utk mencurah ilmu ni..cheh jawapan exactly mengikut skema.Aku pernah menjadi guru dlm3 situasi..situasi pertama,aku menjadi guru utk sekolah kebangsaan cina..golongan elit dan bandar..Di sini..aku belajar utk lebih fokus dan sentiasa alert.Aku mengunakan kaedah pembelajaran yang lebih sistematik dan lebih advance.yelah most my student masa tu semuanya ada tuition di luar..so aku kena mengajar lebih 'mantap' dr apa yg mereka belajar di luar..supaya tidak dipertikaikan..masa tu aku mengajar subject BI la..utk 5 kelas..selalunya aku buat persiapan pada waktu malam..utk lesson planning dan backup planning,bahkan terdapat juga parent yang dtg berjumpa dgn aku minta aku mengajar tuisyen utk anak-anak mereka..tp tak boleh la..coz rumah aku kecik..sempit..dan kemudahan tak lengkap..cukup la aku buat extra class pada waktu petang selama 3 jam..utk student..well okla..prestasi pelajaran mereka sentiasa meningkat...dan guru besar aku amat berpuas hati..namun aku berhenti kerana terpaksa sambung study..
Semasa aku cuti sem.aku mengambil tugas juga menjadi guru ganti..utk sekolah kawasan luar bandar..ketika itu aku mengajar subject mathematics..mmg aku terpaksa berusaha lebih keras kerana mereka mempunyai masalah utk memahami bahasa inggeris..aku cuba utk mengajar dalam sessi dwibahasa utk subject ini..kebetulan plak masa tu aku amik kelas Tahun Math3 utk Tahun 4,5 dan 6.Mereka yang akan menghadapi peperiksaan UPSR..aku heran..mereka masih x dpt mengeja atau ingt nombor dlm bi..mcm mana nak start utk add,substract dll..apa cikgu student ni buat?mereka x mengajar..setelah aku kena pati..baru aku faham..mereka ni lebih bersifat aku dah ajar..klu ko tak faham..sudah..peduli apa yang penting..tiap bulan aku dpt gaji..aduh..kesian kat budak2 ni..ntah aku tak blh la rasa mcm tu..coz bg aku kan..aku rasa tak senang hati if student aku x dpt apa yg mereka belajar..klu semua cikgu mcm tu??apa jadi dgn anak bangsa aku plak..
Aku terus kan minat aku mengajar utk mengajar di PLKN..wpun ini adalah pengalaman sulung tp aku rasa aku dah bagi 120% ilmu utk mereka..bahkan dr feedback mereka bgtau aku..mereka dah gain byk knowledge..sebelum aku start kelas aku akan ckp..wahai wira-wirawati..apa yang ingin cikgu sampaikan ini adalah ilmu..jadi ilmu itu akan jadi arah tuju kita..well biasa la mula2 kan..umur mereka yang muda ini..mereka lebih suka pada kegembiraan dan keseronokan..cuma aku telah amik kesempatan utk keseronokan itu diaplikasi utk belajar..sehingga satu tahap mereka gembira utk belajar dan ada sifat ingin tahu..buat berhibur semata-mata..
Aku pernah di bayar RM20 sehari utk mengantikan cikgu yang absent kerana urusan penting..aku terima..aku gembira bila dapat memberi ilmu dan suka bila wujudnya transaksi ilmu di situ..oh..aku pun tak tau..apa lagi aku bleh buat..kepada yang dah jadi cikgu tu..betapa bertuahnya kalian..diberi kesempatan untuk jadi pembimbing kepada generasi kita..jangan paksa mereka utk belajar tp dorong mereka untuk minat belajar..kerana sikap ingin tau mmg sentiasa ada dalam individu..curahla ilmu dengan ikhlas dan jgn berkira sgt..kerana ilmu yang diamalkan bahkan ilmu yang bermanfaat akan menjadi penyambung amal ibadat seseorang itu..
MARILAH KITA CINTAKAN ILMU...

No comments: