Saturday, November 22, 2008

Comment About Novel

bI'm done with book title "Lingkaran".Sebuah novel lama pada tahun 1965..zaman pasca merdeka..hasil nukilan -ARENA WATI-terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Siapa sangka anak muda mcm aku ni akan membaca novel yang usianya lebih tua dari aku.Namun,itu dinamakan 'art'.Aku manghabiskan masa 1 hari 1 mlm untuk menghabiskannya..sehingga terdapat sentences yang aku terpaksa baca 2-3 kali untuk memahaminya kerana pengaruh bahasa moden pramerdeka lebih besar effectnya.Buku ini menceritakan tentang kehidupan awal-awal merdeka.Di mana pembangunan itu adalah satu daripada misi negara merdeka.Aku tertarik pada satu slot penceritaan mengenai situasi tegang anak kapal yang berada di laut..mereka bebas melakukan apa sahaja baik atau buruk mengikut undang2 kerana beranggapan dunia atas laut tidak ada pemerintah.Dr realiti boleh diterima namun pada hakikatnya,kita masih ada pemerintah yang agung.Cerita ini bermula di sebuah kapal-yang terdiri dari 5 watak dan perwatakan.Ramli,Tuan Hess,Arumugam dan Seng Ko.Story telling yang kuat kerana menyelitkan unsur-unsur sensitif yang melibatkan masyarakat majmuk,budaya dan prinsip.Bahkan isu-isu pembangunan negara terutama orang melayu dan masalah-masalah yang mengencatkan proses pembangunan.Aku tidak akan mengkritik masterpiece ini kerana ini adalah sebuah karya.Cuma aku hanya boleh bagi pandangan,untuk cerita realiti sebegini bukan hanya sekadar penghormatan sebaliknya untuk dijadikan rujukan dan ikhtibar.Sekarang remaja hanya mengambil novel-novel cinta yang ringan dan konflik sosial,perlahan-lahan akan melunturkan jati diri seseorang.Aku bukan terlalu bagus kerana menjadi salah seorang pembaca,namun aku merasakan kesedaran itu misti ada..kita tidak akan maju jika terlalu mengejar kejayaan tanpa belajar dari kesilapan...

No comments: