Monday, April 27, 2015

Terlalu banyak yang ingin aku khabarkan untuk dikongsi..dipelajar..sebagai tanda mengenal erti hidup..lama aku tidak menulis sebab tulisan itu hanya mampu kucoretkan dalam hati..aku ceritakan dalam pengalamanku sendiri
Jatuh bangun aku dalam kehidupan ini membuatkan aku sudah semakin lali..sehingga sepahit hempedu aku biasa kunyah seperti 'chewing gum'.Hidup Mesti Diteruskan..
Cuma satu yang tak akan berubah..aku tetap dengan prinsipku 'Biar orang jahat dengan kita..jangan kita jahat dengan orang'.Akur sajalah..yakin..bahawa setiap perbuatan itu akan adalah dacingnya sendiri..siapa kita utk menghukum..sedangkan ada kuasa yang lebih Agong dan Tinggi..bahkan seadil-adilnya
2015 ni..aku hanya akan fokuskan untuk diriku..aku sudah letih untuk mencari CINTA SEJATI kerana sesungguhnya cinta sejati itu hanya milik_Nya..yang tak akan pernah bosan..tak pernah lelah..bahkan akan sentiasa setia..utuh dan selamanya..
Izinkan aku untuk menulis..biar tulisanku ini akan jadi cerita kita..cubalah untuk ketawa dan senyum..walau hatimu sedang menangis..kerana ianya adalah vaksin yang mujarab utk segala penyakit..

Al-Haq

No comments: