Friday, December 18, 2009

Tahun Baru..Azam Baru..ye ke???

Sukar untuk aku percaya bahawa..tahun baru islam sudah bermula..dan adakah aku sudah mencapai semua azamku untuk tahun baru ini..atau mungkin akan kehilangannya semula..
Aku tidak tahu apa yang harus aku mulakan untuk menceriakan pagi tahun baru ini dikala hati aku ini rasanya belum cukup tenang untuk hadapinya dengan senyuman.
Mana silapnya aku sendiri tak tahu..aku bukan jenis yang mudah mengalah dan tiada istilah putus asa dalam hidup..namun kenapa ini yang harus berlaku..
Dengan soal kerjaya..yang tinggal menghitung hari..untuk mendapat title penganggur semula..mana dengan soal cinta..yang aku sendiri rasa seribu kekeliruan dan tidak tahu jawapan..
Kenapa la aku ni tidak menangis sahaja..supaya sekurangnya..terlerai juga sedikit apa yang terbuku dalam hati ni kan..masalahnya..airmata ni..bukan jenis yang mudah keluar untuk hal sebegini..bukan ego tapi hakikat..mungkin kerana aku ni sudah kurang perasaan sensitif sehingga emosi sendiri tidak tahu untuk dizahirkan dengan kelu kesah..
Sekarang ini aku cuma berharap..kawan-kawan ku akan mendoakan supaya aku akan tabah dengan apa juga yang berlaku..baik ia manis atau pahit kerana aku terpaksa juga menerima..

1 comment:

Nora Yusop said...

abot... aku kan ada..aku sentiasa doakan ko...semoga ko akan jumpa bahagia itu..insyaallah..