Monday, November 2, 2009

What Next???

Bila hitung dan kira..baru aku menyedari bahawa tinggal 2 bulan shj kontrak aku di ofiz ni..sedih sangat..yelah..effort kita bagi hampir 100% pada kerjaya yg baru ja kita ini menikmati sudah berakhir..ntah pasni dpt balik la title 'penganggur'..apa la nak jadi dengan masa depan kami ni..seolah-olah dipermainkan ja..

Aku rasa bukan aku seorg ja akan tertekan dlm situasi ini..tp ramai lagi perkerja yang bergelar pekerja sambilan dan kontrak..bygkan betapa rugi nya negara kerana akan kehilangan tenaga kerja yang muda dan mahir..ini biarla di simpan orang2 yang mau tunggu pencen ja..ape jelah kemampuan mereka..bukan mengutuk tapi realiti di ofiz aku mmg mcm tu pun..

Lemah tangan..kaki dan tulang belulang aku bila memikirkan nasib aku..umur dah semakin hari semakin meningkat..kerja blm tetap..mcm mana la..takkan seumur2 pun nak harap dengan mak dan ayah kan..sekurgnya kita mau juga guna duit hasil titik peluh sendiri..argh....tolongla bagi kami ni ruang..utk bernafas dgn lega...

Malas nak cakap la..kerja berhempas pulas pun bukan nya dapat apa..berabis la mau membantu menjana ekonomi negara..akhirnya jadi penganggur juga..
Macam mana anak generasi muda mcm aku ni mau menjadi pembela bangsa..sedangkan nasib kami ni tidak terbela..asyik makan gaji kontrak..dah semua pun kontrak..jadi negara kontrak la..

No comments: